Kisah Isteri Insaf dan Bertaubat Kerna Sebiji Tembikai | Pada suatu hari,
seorang ahli sufi yg masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli
sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang & diberikan
kpd isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu utuk dimakan, ternyata buah
tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dgn
keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kpd siapa engkau tujukan
marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah
tembikai itu ?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya : “Ada pun si penjual, sudah
tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yg terbaik. Adapun si
pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan
si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik
juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah
tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan
segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah di tentukan oleh Allah SWT.
Wallahualam.. Semoga memberi pengajaran kepada semua.. in shaa Allah.
Sumber: Greenboc
Tag :
Drama
0 Komentar untuk "Kisah Isteri Insaf dan Bertaubat Kerna Sebiji Tembikai"