PAPARAN TERBAIK

Paparan terbaik adalah menggunakan 'Desktop Komputer' walaubagaimanapun paparan boleh juga dicapai menggunakan peralatan lain seperti 'smart phone' 'tablet' dan lain lain.

'Pejabat Dosa' kaburi aktiviti berahi...

KEADAAN bilik dipenuhi pakaian berselerak ditinggalkan sindiket berkenaan.
Serdang: Tidak sampai tempoh 16 jam akhbar ini melaporkan aktiviti maksiat ‘pejabat dosa’ di Kompleks Suria Kinrara, di sini, semua pelacur dan ‘bapa ayam’ di premis itu didapati ghaib melarikan diri.

Sepasukan 10 anggota polis Unit Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Serdang diketuai Asisten Superintendan Roslin Mohamadisa menyerbu premis itu jam 10 malam kelmarin.

Tindakan serbuan dilakukan susulan maklumat dibongkar pihak Harian Metro yang mendapati premis itu menyediakan dua bilik khas persis pejabat khusus untuk pelanggan bermadu asmara.

Bagaimanapun sindiket pelacuran itu seolah-olah dapat menghidu kehadiran polis apabila bertindak mengosongkan pejabat itu serta merta.

Ketua Unit Pencegahan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Superintendan Razali Abu Samah berkata, hasil serbuan mendapati penjaga dan pelacur di dalam ‘pejabat’ berkenaan sudah melarikan diri.

“Bagaimanapun, polis terus melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan sindiket itu tidak lagi beroperasi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Wartawan Harian Metro yang turut menyertai operasi itu mendapati premis itu seolah-olah dikosongkan dalam keadaan kelam kabut berikutan penemuan pakaian wanita berselerakan.

Malah, anggota polis memecah dua pintu jeriji besi pada tingkat bawah bangunan dua tingkat itu sebelum dapat masuk ke dalam premis.

Sindiket pelacuran itu yang mengenakan bayaran RM150 didapati menggunakan taktik dengan meletakkan kain rentang iklan perkhidmatan pendawaian di luar premis.
Tag : Berita, Semasa
0 Komentar untuk "'Pejabat Dosa' kaburi aktiviti berahi..."

Back To Top