PAPARAN TERBAIK

Paparan terbaik adalah menggunakan 'Desktop Komputer' walaubagaimanapun paparan boleh juga dicapai menggunakan peralatan lain seperti 'smart phone' 'tablet' dan lain lain.

Vape tidak diharamkan di Malaysia - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan kerajaan tidak akan mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape.


Pengesahan itu dibuat Ismail dalam satu status yang dimuat naik di laman Facebook.


Dalam status beliau itu, Ismail memberitahu kabinet telah sebulat suara mengambil keputusan untuk tidak akan mengharamkan penggunaan vape selepas mengambil kira aspirasi anak muda.

Beliau juga turut menyampaikan rasa terima kasihnya kepada Perdana Menteri atas keputusan tersebut.

Sebelum ini, terdapat ura-ura penggunaan vape akan diharamkan selepas Mufti Wilayah Persekutuan mengesahkan bahawa vape haram digunakan oleh umat Islam.

Desakan turut disuarakan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mahu Kementerian Kesihatan mengharamkan e-rokok selepas ia kini digunakan secara meluas oleh pelajar sekolah.

Semalam Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dilaporkan sebagai berkata kerajaan tidak merancang untuk mengharamkan atau mengawal vape.



Tag : Berita, Semasa
0 Komentar untuk "Vape tidak diharamkan di Malaysia - Ismail Sabri"

Back To Top